Skip to main content

Bola Sepak

Dari Anime ke dunia sebenar! Brazil lawan Jepun jadi tumpuan Piala Dunia 2026

Dari Anime ke dunia sebenar! Brazil lawan Jepun jadi tumpuan Piala Dunia 2026

Peminat anime dan bola sepak kini mempunyai sebab untuk teruja apabila pertembungan ikonik dalam siri legenda Captain Tsubasa akhirnya menjadi kenyataan di pentas sebenar.

Brazil dan Jepun secara rasmi akan bertemu dalam aksi Pusingan 32 Piala Dunia 2026, sekali gus menghidupkan semula antara perlawanan paling terkenal dalam sejarah anime bola sepak itu.

Dalam siri Captain Tsubasa atau lebih dikenali sebagai Super Champions dalam kalangan peminat di Malaysia, Jepun berjaya menewaskan Brazil 3-2 pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia Bawah-20, sekali gus menghadiahkan kejuaraan kepada pasukan yang diketuai watak utama, Tsubasa Ozora.

Perlawanan itu dianggap antara babak paling epik dalam keseluruhan siri kerana Jepun berjaya menewaskan gergasi bola sepak dunia menerusi aksi dramatik yang masih diingati peminat sehingga hari ini.

Kini, hampir empat dekad selepas manga dan anime itu menjadi fenomena global, peminat berpeluang menyaksikan pertembungan sama di pentas Piala Dunia.

Walaupun kali ini ia membabitkan skuad senior, hakikat bahawa Brazil dan Jepun bertemu di pusingan kalah mati sudah cukup mengundang nostalgia dalam kalangan jutaan peminat Captain Tsubasa di seluruh dunia.

Di media sosial, ramai peminat mula berkongsi semula babak-babak klasik daripada anime berkenaan sambil bergurau bahawa mereka sudah mengetahui keputusan perlawanan berdasarkan jalan cerita Captain Tsubasa.

Ada juga yang menyifatkan aksi ini sebagai 'anime menjadi realiti', memandangkan perlawanan Brazil menentang Jepun sentiasa dianggap simbolik dalam dunia Captain Tsubasa.

Namun, berbeza dengan dunia fiksyen, keputusan sebenar di Piala Dunia 2026 masih menjadi tanda tanya.

Brazil hadir sebagai antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi, manakala Jepun pula bertekad meneruskan kejutan selepas mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan.

Apa jua keputusannya nanti, satu perkara pasti -- perlawanan ini bukan sekadar aksi bola sepak, tetapi juga pertembungan yang mengimbau kenangan sebuah anime yang membentuk minat ramai terhadap sukan paling popular di dunia. Bagi peminat Captain Tsubasa, impian melihat Brazil dan Jepun bertembung di pentas Piala Dunia akhirnya menjadi kenyataan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video