Kualiti padang di Stadium Thuwunna mendapat kritikan?
Sebuah pengguna sosial media X dari Indonesia mempersoal permukaan padang membabitkan perlawanan Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN 2026 di antara Myanmar menentang Harimau Malaya yang didakwa 'pelik' dan tidak rata.
Malah, sempat memuat naik satu video apabila bola tersebut sepatutnya hampir melintasi garisan tepi padang untuk lontaran ke dalam, namun ia bergolek masuk semula ke dalam permainan, sekali gus menimbulkan spekulasi hangat di kalangan peminat Indonesia di ruangan komen tentang tahap padang tersebut.
ini gimana ceritanya bola udah mau out tapi malah belok ke dalem lapangan lagi ππ
panpelnya masih bagusan panpel lapangan garem tarkam di ciseeng ini mah ππ https://t.co/s8uAf70GFK pic.twitter.com/Xc2oscI72eβ Fanatik Ball (@fanatikball_) July 25, 2026
Skuad kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe, berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi pertama itu sebelum pulang ke tanah air bagi menghadapi Laos di Cheras pada Selasa ini.
Dua jaringan daripada ketua pasukan, Paulo Josue, cukup untuk melakar kebangkitan di tempat lawan.