Skip to main content

Bola Sepak

Tersingkir daripada Piala Dunia 2026, pemain ambil keputusan bersara

Shick

Penyerang Czechia, Patrik Schick, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa sehari selepas negara itu tersingkir daripada Piala Dunia 2026 selepas mengumpul dua kekalahan dan satu seri, sekali gus menduduki tempat terakhir Kumpulan A.

"Keputusan ini bukanlah sesuatu yang dijangka, dan ia juga tidak berlaku dalam sekelip mata.

"Ia adalah idea yang telah saya fikirkan sejak sekian lama," tulisnya di Instagram.

Pemain berusia 30 tahun itu melakukan 56 penampilan untuk pasukan kebangsaan, selain menjaringkan 26 gol.

Schick merupakan salah seorang bintang dalam Euro 2020 sambil menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak bersama Cristiano Ronaldo dengan lima gol.

Dia juga memenangi anugerah Gol Terbaik Kejohanan selepas melepaskan rembatan jarak jauh ketika menentang Scotland.

Bagaimanapun, dia gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan kumpulan dalam Piala Dunia 2026 dan digugurkan daripada kesebelasan utama untuk aksi terakhir dan masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

"Saya berbangga dengan apa yang telah saya capai dalam bersama pasukan kebangsaan," tambahnya.

"Namun, pada masa sama, saya merasakan bahawa bola sepak Czechia menawarkan lebih banyak lagi berbanding yang telah ditunjukkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video