Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Hoki

Liga Hoki Malaysia: Aksi Maybank-TNB bakal curi tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-lhm.jpg
Menjelang musim baru Liga Hoki Malaysia (LHM) yang akan bermula 2 Februari, perlawanan tumpuan pada hari pertama bakal menampilkan dua pasukan yang tidak asing lagi, iaitu Maybank bertemu TNB. 

Dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, ketua jurulatih pasukan Maybank, Azrul Effendy Bistamam, meluahkan perasaan puas hati dengan persiapan anak buahnya, berbaki 24 jam ke perlawanan pertama itu.
 

Sementara itu, kem TNB menjangkakan aksi sengit bertemu maybank memandangkan pengalaman beraksi pada perlawanan pembukaan seringkali menawarkan elemen keterbukaan.

Menambah kegusaran skuad kendalian Nor Saiful Zaini itu, format LHM kali ini menyaksikan tiada perlawanan timbal balik ekoran jumlah pasukan bertanding yang semakin meningkat.

Atas dasar itu, TNB menyedari kemenangan bakal memberi kelebihan besar memandangkan hanya TNB dan Maybank yang memiliki skuad ampuh pada ketika THT mempertaruh bakat tempatan.

Bagi kapten TNB, yang juga merupakan bekas tonggal pertahanan negara, Syed Syafiq Syed Cholan, berasakan, TNB mempunyai kelebihan ke atas Maybank -- berdasarkan kredibiliti yang dimiliki Jang Jong-hyun yang bakal melakukan debut bersama TNB esok.
 

Advertisement

Must Watch Video