Hari: Sabtu
Waktu: 11.00 Malam (MY Time)
Pautan: https://www.instagram.com/lewishamilton/?hl=en (Instagram)
Kapsyen: “It’s been a crazy few days which have been filled with a whole range of emotions.”
Itulah sedikit petikan daripada kapsyen panjang luahan suara juara dunia tujuh kali Formula 1 (F1), Lewis Hamilton, yang menzahirkan rasa bangga, teruja, sedih –- sebuah campuran emosi yang tidak dapat digambarkan.
Usai berita penghijrahannya ke pasukan Ferrari pada 2025 bertebaran di seantero dunia, Hamilton masih berdiam diri -– menunggu masa yang cukup sesuai untuk melontarkan pandangan peribadi mengenai keputusan berani ini.
Dan tanggal 3 Februari 2024, itulah detiknya ketika Hamilton berjaya meluahkan apa yang terbuku kepada umum.
Sejak berusia 13 tahun berada di bawah naungan Mercedes, Hamilton cukup sinonim dengan warna hitam dan pirus. Lambakan pencapaian menakjubkan berjaya direkodkan Hamilton sepanjang diberi mandat selaku pelumba utama pasukan Mercedes.
Namun, Hamilton tampil vokal dalam hantaran di laman peribadi Instagramnya bahawa “This is the right time to make a change and take on a new challenge” – Satu perubahan baru yang sangat mengujakan untuk diterokai Hamilton, peluang untuk kembali cipta gemilang.
Bagaimanapun, Hamilton enggan peminat terlalu terburu-buru menafsirkan statistik kariernya bersama Ferrari, sebaliknya fokus butir gemilang terakhir bersama Mercedes yang sudah banyak menabur jasa sehingga namanya dikenali dunia.
2024 adalah tahun Mercedes! Tahun di mana Hamilton bakal menjulang gemilang buat pasukan kesayangannya. Tahun terakhir buat Hamilton bersorak ceria bersama Mercedes-AMG PETRONAS F1.
“Thank you to all, you have lifted me up as I chase my dreams and I hope I can continue to make you proud.” Hamilton berjanji bahawa 2024 bakal menjadi tahun perpisahan terbaik bersama Mercedes. Sayang Hamilton!