Skip to main content

Sukan Lain

Kriket Piala ACC: UAE halang Malaysia muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kriket.jpg
Hasrat merangkul Kejuaraan Kriket Piala ACC sekali lagi dinafikan kali ini Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi dalangnya.

Malaysia terpaksa akur dengan gelaran naib juara sebaik tewas kepada UAE dengan 37 larian.

UAE mengatasi Malaysia dengan 115 larian sementara usaha negara untuk mengatasi keadaan sekadar terhenti sebanyak 77 larian.

Serba tidak menjadi membabitkan pemukul negara meletakkan Malaysia dalam situasi sulit untuk merangkul kejuaraan kali pertama.

"Kekalahan ini adalah kesilapan kami sendiri. 

"Kalau kami lebih bersabar, mungkin keputusan jadi sebaliknya.

"Kami berazam untuk beraksi lebih baik sekiranyaa berpeluang bertemu UAE lagi," kata kapten skuad kriket wanita negara, Winifred Anne Duraisinggam, di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Di sebalik kekecewaan itu, Malaysia berjaya mencuri slot ke Piala Asia di Sri Lanka, Julai depan, selain kedudukan empat terbaik juga menyumbang kepada slot Malaysia dalam Piala Asia Gabungan padat ahun depan.

"Kami akan menghadapi pasukan yang lebih mencabar seperti India, Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan.

"Kami berpeluang menimba lebih banyak ilmu lagi," tambahnya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video