Ketika umum mahu mengetahui apakah alasan penerjun negara di atas prestasi merudum sehingga menafikan slot merit tambahan ke olimpik, timbul cerita lain yang kononnya menjadi punca di atas kegagalan itu.
Jika benar ada yang mengganggu siapa si polan yang dimaksudkan?
Ia di dedahkan oleh Pandalela sendiri sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.
"Ada benda yang diluar daripada kawalan kami, tapi yang boleh kawal itu sudah kami kawal cuma ada benda diluar daripada jangkaan kami seperti faktor-faktor lain yang mahu diperjelaskan itu akan menjadikan lagi panjang cerita, jadi hanya boleh cakap yang kami sudah cuba untuk kawal namun nasib tidak menyebelahi kami."
"Kebanyakkan dari kami (diganggu) sebab nak dikatakan yang ianya bukan sahaja mengganggu senior tetapi junior juga." ujarnya lagi
Tegas Pandelela lagi, lompong yang berlaku ini sudah di hidu sejak penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 tidak menampilkan sebarang acara terjun melibatkan wanita sekaligus mendorong kepada isu kesulitan mencari atlet wanita berpotensi untuk diketengahkan.
"Sekarang ini saya tengok junior sebab saya punya tanggungjawab sekarang adalah untuk mengisi kekosongan."
"Macam dari dulu lagi saya sudah cakap, yang kita punya program pembangunan (sukan terjun) memang kena diperkuatkan sebab sewaktu SUKMA 2022 saya sudah luahkan pendapat tetapi macam tidak didengari sahaja."
Zaki Zainal
Tue Feb 13 2024