Melahirkan perenang elit bukannya mudah ditambah kos untuk belajar renang bukannya murah, ada yang menelan belanja hingga ribuan ringgit sebulan.
Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah kepimpinan Hannah Yeoh pada Mac tahun lalu cukup mengujakan dengan memperkenal dan membiayai Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS) secara percuma buat golongan B40.
Kes 500 kanak-kanak mati lemas secara purata untuk tempoh empat tahun kebelakangan ini membimbangkan terutamanya semasa musim cuti sekolah terutamanya di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Dengan penyertaan seramai 6760 peserta sekitar 45 lokasi seluruh negara pada 2023 diharap objektif ini mampu dicapai.
Kejayaan 91 peratus dalam sesi satu dan sesi dua pada 2023 menunjukkan petanda positif usaha KBS untuk mengurangkan risiko mati lemas.
Terbaru pada 2024 golongan M40 turut berpeluang menyertai KLAS renang percuma.
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.kbs.gov.my/
Program ini dikongsikan Naib Presiden Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM),Raymond Ho, kepada Syifa Nasir dalam program Car Lalak di YouTube Astro Arena.

KLAS Renang Percuma B40 guys, nak belajar renang bukan murah ni kan pulak percuma..
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 28, 2024
Full episod di YouTube AstroArena..#CarLalak #JanganSampaiMelalaikan pic.twitter.com/mZHQ6njtNi
Kes 500 kanak-kanak mati lemas secara purata untuk tempoh empat tahun kebelakangan ini membimbangkan terutamanya semasa musim cuti sekolah terutamanya di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Dengan penyertaan seramai 6760 peserta sekitar 45 lokasi seluruh negara pada 2023 diharap objektif ini mampu dicapai.
Kejayaan 91 peratus dalam sesi satu dan sesi dua pada 2023 menunjukkan petanda positif usaha KBS untuk mengurangkan risiko mati lemas.
Ini statistik kejayaan KLAS Renang Percuma B40 ni pada 2023..
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 28, 2024
Full episod di YouTube AstroArena..#CarLalak #JanganSampaiMelalaikan pic.twitter.com/8PfssBfX16