Kejayaan Datuk Azizulhasni Awang di peringkat antarabangsa ada maknanya.
Ada sejarah baharu dalam arena sukan berbasikal trek apabila pelumba para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menghadiahkan jersi pelangi kedua buat Malaysia.
Ia selepas kejayaannya muncul juara dunia buat kali pertama dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1, dalam Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil, Ahad lalu.
Perubahan pendekatan latihan yang lebih tertumpu pada acara trek sebelum ke Brazil memacu prestasi terbaik Yusof yang turut meraih pingat perak acara 1 kilometer (km) kategori sama.
"Saya tidak menjangkakan pencapaian ini kerana saya hanya mensasarkan podium.
"Saya berfikir, jika ada rezeki -- memang saya ingin bawa pulang jersi ini.
"Alhamdulillah, impian saya selama ini tercapai.
"Daripada segi latihan, segalanya berbeza," katanya.
Jurulatih kebangsaan, Rizal Tisin, juga berpuas hati dengan transformasi yang dilakukan sepanjang tempoh tiga bulan bersama skuad berbasikal para, membuahkan hasil luar biasa.
Meskipun pelumba agak terkejut dengan perubahan penekanan aspek gearing, teknikal serta kelajuan yang belum pernah diterapkan sebelum ini, mereka mampu menyesuaikan diri dengan cepat.
Dapatkan Sekarang

Juara dunia sukan berbasikal para pertama negara, Yusof Hafizi selamat tiba dari bumi Brazil bersama rakan sepasukan yang lain.
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) October 22, 2025
Cukup indah & bermakna! Jersi pelangi yang disarung serta kalungan pingat emas & perak diraih. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/LMA9Lsx6tV
"Saya berfikir, jika ada rezeki -- memang saya ingin bawa pulang jersi ini.
"Alhamdulillah, impian saya selama ini tercapai.
"Daripada segi latihan, segalanya berbeza," katanya.
Jurulatih kebangsaan, Rizal Tisin, juga berpuas hati dengan transformasi yang dilakukan sepanjang tempoh tiga bulan bersama skuad berbasikal para, membuahkan hasil luar biasa.
Meskipun pelumba agak terkejut dengan perubahan penekanan aspek gearing, teknikal serta kelajuan yang belum pernah diterapkan sebelum ini, mereka mampu menyesuaikan diri dengan cepat.

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang