Skip to main content

Badminton

Nova jelas sebab Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tak sertai Terbuka Jerman

Nova

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, menjelaskan keputusan gandingan ranking keempat, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang tidak bertanding dalam siri jelajah Eropah pertama, Kejohanan Badminton Terbuka Jerman yang sedang berlangsung.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan berprestij super 1000, Seluruh England di Birmingham bulan depan.

Advertisement

Nova mahu memastikan pemain berada dalam keadaan paling segar, selain mengelakkan keletihan akibat jadual padat dan masalah kecederaan ringan yang dihadapi beberapa pemain.

Dia turut berhati-hati meletakkan sasaran, selepas kedua-dua pasangan tersingkir awal tahun lalu.

Keputusan itu diharap mampu memberi impak positif merebut kejuarann dalam edisi kali ini.

"Persiapan beregu campuran lama.

"Selain mahu elak daripada kecederaan, faktor penerbangan lama juga memainkan peranan.

"Saya berharap mereka memperbaharui pencapaian. Inilah badminton. Ia, memerlukan fokus sepenuhnya dari awal hingga akhir," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

Must Watch Video