Walaupun banyak kekangan, berpuasa tidak semestinya menghalang sesiapa daripada mengejar matlamat kecergasan.
Ramai sebenarnya yang menggunakan bulan Ramadan ini untuk mencapai berat ideal mereka jadi ini beberapa tips realistik untuk anda yang ingin mengurangkan berat badan semasa Ramadan:
Advertisement
1. Fokus Pada Waktu Latihan:
Waktu yang paling sesuai untuk senaman adalah 30–60 minit sebelum berbuka (ringan ke sederhana) atau 1–2 jam selepas berbuka, paling ideal untuk intensity yang lebih tinggi. Kunci utamanya ialah memastikan badan dapat nutrisi dan hidrasi sejurus selesai bersenam jadi anda tidak akan rasa
2. Pemakanan Seimbang:
Semasa berbuka dan sahur, jangan terlalu ikutkan nafsu lapar dan dahaga. Utamakan protein (ayam, ikan, telur), karbo kompleks (beras perang, oat), juga sayur dan buah-buahan untuk serat. Ini memastikan tenaga dilepaskan secara perlahan dan kurangkan rasa lapar berlebihan di siang hari.
3. Kurangkan minuman manis:
Walaupun manis kurma dan air bergula menggembirakan selera, elakkan minuman bergula terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan lonjakan gula darah dan mengganggu usaha untuk kalori defisit. Sebaliknya, pilih air kosong dan elektrolit selepas berbuka.
4. Cukup rehat:
ramai yang terlepas pandang menegani hal ini. Tidur memainkan peranan penting dalam penurunan berat badan. Kekurangan tidur boleh meningkatkan hormon lapar dan mengurangkan metabolisme dalam badan. Oleh itu, susun waktu tidur yang baik, terutama jika latihan atau beribadat lewat malam.
Dengan strategi yang betul, bulan puasa dapat membantu anda untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan sekaligus mencapai versi diri yang lebih sihat.