Skip to main content

Sukan SEA

Gimnastik: Artistik berpasukan wanita pertahan emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gimnastik-artistik.jpg
Skuad gimnastik artistik berpasukan wanita, yang diketuai Farah Ann Abdul Hadi, mempertahankan emas acara berpasukan di Dewan 9, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), malam ini.

Malaysia mengutip sejumlah 200.950 mata, sekaligus mempertahankan emas yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura.

Pasukan yang dibarisi Farah, Tan Ing Yueh, Tracie Ang, Lavinia Jayadev, Nur Azira Aziri dan Nur Eli Ellina Azmi itu tidak dapat menyembunyikan tangisan kegembiraan mereka sebaik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, selesai mengalungkan emas di leher mereka.

Pingat perak menjadi milik Singapura dengan kutipan mata 190.050, sementara Indonesia membawa pulang gangsa dengan kutipan 186.850 mata.

Barisan atlet yang bertanding dijangka bakal menambah deretan pingat apabila masing-masing bertanding dalam acara individu selepas ini.

"Kami turun dengan niat mempertahankan pingat emas kerana kami beraksi di laman sendiri.

"Kami sangat berpuas hati kerana inilah yang kami mahukan iaitu memenangi kesemua acara dengan kelebihan 10 mata," kata Farah Ann ketika ditemu bual Nadi Arena.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

 

Advertisement

Must Watch Video