Skip to main content

E-Sukan

E-sukan: Skuad AOV menuju ke kancah profesional

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arena-of-valor-aov.jpg
"Nantikan pengumuman tergempar dalam sejarah e-sukan negara."

Demikian pesanan ringkas itu dibuat pengurus pasukan bagi judul permainan Arena of Valor (AOV), Wong Kang Woon, berkait rapat dengan pembabitan pasukan negara dalam Kejohanan Dunia bermula bulan depan. 

Skuad AOV mencipta sensasi dalam Sukan Asia Hangzhou menerusi status pasukan kedua terbaik Asia, sekali gus membuka laluan beraksi di pentas Kejohanan Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Biarpun pengumuman rasmi hanya akan dibuat minggu depan, namun tempoh rehat pemain utama negara dipendekkan dan kini berada dalam kem latihan pusat yang berpangkalan di Johor Bahru.

Kejohanan antarabangsa di bawah penjenamaan "Honor of Kings" itu menghimpunkan pasukan handalan dari setiap benua dengan Malaysia bakal mempertaruhkan pemain terbaik yang berpangkalan di China dan antaranya, kapten pasukan, Lai Chia Chien.

"Selepas kejayaan merangkul pingat perak Sukan Asia Hangzhou, dua pemain negara telah diundang untuk menyertai kancah profesional di Taiwan dan mereka juga akan dipanggil balik sementara yang juga dipanggil untuk menjalani persiapan di Johor. 

"Kami harap dijemput untuk pertandingan yang menawarkan habuan berjumlah USD10 juta (RM47.6j) ini. 

"Selepas ini kami akan bawa nama 'Malaysia Tigers' dalam kancah profesional," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video