Skip to main content

Badminton

Terbuka Jepun: Beregu nombor satu dunia sekat hajat Pearly-Thinaah bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perly.jpg
Beregu Wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, terpaksa akur tewas kepada gandingan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam pentas akhir Terbuka Jepun 2025 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung selama 45 minit itu berakhir dengan Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan tewas menerusi aksi straight set, 15-21,14-21.

Wakil negara itu mempamerkan aksi menyakinkan dalam awal set pertama, namun beberapa kesilapan saat akhir memberikan kelebihan buat pasukan lawan di ranking pertama dunia itu menang 21-15.






Pearly-Thinaah kembali memperkemaskan corak permainan dalam set kedua tetapi lawan yang lebih dominan menyerang dan kemas bertahan itu menyukarkan wakil negara mengheret mereka ke set penentuan dan tewas 14-21.

Advertisement

Must Watch Video