Skip to main content

Badminton

SELBATC: Ng Tze Yong semakin pulih, Haikal Nazri pun sama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ng-tze-yong.jpg
Ng Tze Yong mengakui tahap kederaan belakang yang dialaminya semakin pulih dan berada pada tahap yang terbaik namun tetap perlu berhati-hati setelah mendapat nasihat dari ketua jurulatihnya, Datuk Tey Seu Bock. 

Buat masa ini prestasi Tze Yong berada pada tahap terbaik dalam 70 peratus ke 80 peratus dan ianya menuju ke prestasi terbaiknya.

Kelibatnya mampu memberikan suntikan semangat buat rakan sepasukan kerana sebelum ini Tze Yong muncul sebagai wira buat Malaysia apabila berjaya mengesahkan mata kejuaraan bagi edisi lepas. 

Sementara itu Haikal Nazri yang sebelum ini diuji dengan kecederaan buku lali nampaknya sudah pulih sepenuhnya sekaligus boleh memberi fokus untuk membantu skuad negara. 

Semoga dengan berita terbaik ini ianya mampu membantu skuad negara pamer aksi terbaik dalam Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (SELBATC) nanti. 

Advertisement

Must Watch Video