Skuad lelaki negara bakal buka kempen BATC 2024 bertemu Brunei dan perlawanan itu akan dibawakan secara langsung di Astro Arena 801.

Tampil selaku juara bertahan, skuad lelaki negara sudah pasti jadi tumpuan apabila bakal buka tirai saingan pada tahun ini dengan pertemuan bertemu Brunei pada jam 5.00 petang esok.



Namun Astro Arena turut bakal menyajikan semua penonton dengan perlawanan seawal jam 9.00 pagi iaitu bagi kategori wanita antara pasukan Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.

Pastikan anda terus memberikan sokongan kepada pejuang-pejuang negara bermula pada esok, 13hb sehingga 18hb di Setia City Convention Centre, secara fizikal mahupun dari kaca TV atau anda juga boleh strim melalui aplikasi Astro GO.

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)