Skip to main content

Badminton

Masters Thailand: Tang Jie-Ee Wei teruskan cabaran ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Satu-satunya wakil Malaysia di suku akhir Masters Thailand, pasangan bergu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mencipta kejayaan mara ke separuh akhir selepas menumbangkan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.

Tetapi ia bukan laluan yang mudah selepas pasangan Belanda mengeret empat kali deuce di set kedua sebelum ditumbangkan 21-12 dan 25-23. 

Ini merupakan pertemuan keempat empat pasangan itu dengan tiga aksi sebelum ini didominasi pasangan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei -- terbaru di Masters Jepun Julai 2023.

Justeru pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek jadi ancaman buat Malaysia di Masters Thailand.

Permulaan sengit di set pertama menyaksikan pasangan negara dicabar hebat sehingga kedudukan terikat 3-3.

Namun selepas itu, Tang Jie-Ee Wei tidak lagi menoleh ke belakang biarpun ada kebangkitan Belanda sehingga mata ke-10.

Tamat set pertama dengan kemenangan Malaysia 21-12 rupanya membangkitkan tentangan Tabeling-Piek.

Set kedua berlangsung sengit, Belanda tidak beri laluan mudah - perlawanan tegang dan mendebarkan.

Tabeling-Piek bangkit dari ketinggalan 8-11 sehingga mendahului 16-14.

Maka bermula drama di penghujung set dengan penentuan empat kali deuce terpaksa diharungi Tang Jie-Ee Wei sebelum menang 25-23.

Advertisement

Must Watch Video