Skip to main content

Badminton

BATC: Malaysia kukuhkan aspek mental, fizikal untuk misi pertahan gelaran

rexy-mainaky.jpg
"Tiada alasan untuk tewas awal."

Persiapan dan persediaan mental serta fizikal sudah pun dipersiapkan dengan rapi di bawah pemantauan jurulatih.

Dan atas dasar itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, meletakkan sepenuh sasaran buat setiap sektor beregu mahu pun perseorangan untuk layak ke peringkat final Kejohanan Selangor Badminton Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) yang berlangsung dari Selasa depan. 

"Memang kami mengadakan kem latihan. Mungkin pemain seperti Lee Zii Jia mempunyai perancangan yang sudah diaturkan di Korea dan Goh Jin Wei pula mempunyai urusan lain. 

"Tetapi saya percaya mereka akan mempersiapkan diri dengan cara terbaik untuk mewakili Malaysia. 

"Kesemua pemain benar-benar sedang fokus. Mereka akan mencapai tahap tumpuan tinggi ketika berbaki seminggu lagi kejohanan\," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Rexy turut berharap agar kesilapan mudah dapat dielakkan pasukan lebih-lebih lagi bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri.

"Kami memang sasarkan sekurang-kurangnya ke semi-final.



"India akan mempertaruhkan skuad terbaik sementara Indonesia tidak. China pula menurunkan skuad campuran. 

"Saya harap kami mampu mempertahankan kejuaraan," katanya. 





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video