Skip to main content

Badminton

Badminton Remaja Allianz: Arshdip Singh kuasai kategori B-15 lelaki

arshdip-singh.jpg
Arshdip Singh tetap merendah diri walaupun mengungguli dua kategori B-15 Kejohanan Badminton Remaja Allianz di Cheras, hari ini. 

"Rasanya bagus, seteru yang dihadapi juga sukar tapi saya masih mampu mencapai kemenangan," kata Arshdip yang membentuk gandingan bersama Veehan Preman.

Menurut Vehaan: Selepas kekalahan dalam acara perseorangan, lantas saya mengalihkan fokus dalam saingan beregu."

Kejuaraan beregu lelaki B-13 pula menjadi milik Low Ean Jae-Yap Kean Meng yang menundukkan pilihan kedua kejohanan, Ng Tze Hoong-Lee Tang Wei, 21-10 dan 21-16.

"Lawan kami beraksi cemerlang dan beregu yang mantap.





"Mereka beraksi bagus dan memberikan kami cabaran yang hebat," kata Tang Wei.

Sementara itu, juara lelaki perseorangan B-13, Ng Hao Tong, yang menjadikan Lee Zii Jia sebagai idolanya sedar masih jauh perjalanan selain banyak lagi pengalaman yang perlu ditimbanya. 

Justeru, Hao Tong mahu bertekad terus melakar kejayaan untuk terpilih menyertai badan induk negara.

"Mesti berjuang habis-habisan dahulu terlebih dahulu.

"Saya berlatih di bawah empat jurulatih dalam dua sesi pada setiap hari," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video