Hari yang dinanti-nantikan, kini tiba masa buat 38 peserta sesi pemilihan akhir Astro Kem Badminton (AKB) 2025 menggunakan sebaik mungkin segala ilmu yang diperoleh sejak Isnin lalu dan menyerlahkan potensi sebenar masing-masing.
Seramai 24 peserta lelaki dibahagikan kepada enam kumpulan sementara tiga kumpulan yang terdiri daripada 14 pemain perempuan.
Saingan peringkat kumpulan dan suku akhir yang berlangsung sepanjang hari ini melibatkan perlawanan menggunakan format tiga set terbaik dengan kiraan 11 mata bagi setiap pertarungan.
"Bermula pusingan awal hingga suku akhir, format 11 hingga 15 mata digunakan.
"Dalam separuh akhir dan final pula, format 15-21 mata akan digunakan.
"Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan akhir," kata ketua pengadil AKB 2025, Lam Wai Ming, dalam kejohanan di Sungai Besi itu.
Barisan pengadil profesional yang mengadili perlawanan menuntut setiap peserta agar menjaga pergerakan kaki ketika membuat pukulan servis, memandangkan ia kesalahan ketara yang sering dilakukan pemain muda.
"Kesilapan biasa pemain sekitar umur 12 tahun adalah kesilapan kaki.
"Pemain biasanya akan melakukan memijak garisan ataupun menggerakkan kaki terlalu awal ketika melakukan servis.
"Mereka perlu tahu maksudnya bilakah servis bermula dan berakhir," katanya lagi.
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.
Grab Sekarang