Skip to main content

Rencana

Z untuk Zlatan

020716-zlatan-3.jpg
Zlatan Ibrahimovic ke Manchester United.

Dua Ikon bergandingan meneruskan sinonim puisi romantis seorang pemain bersatus legenda menyarung jersi pasukan yang punya sejarah tersendiri.

Kehadiran Zlatan persis dengan seorang Raja yang masih dijulang sehingga hari ini,Eric Cantona dua pemain yang memiliki perwatakan istimewa.

Tidak lagi menjadi rahsia,United menjadi destinasi Zlatan menamatkan kerjaya penuh gemilang.

Tetapi dalam cara yang sentiasa mengingatkan dunia mengapa dia cukup Istimewa,Zlatan mendahului United dalam mengumumkan kehadirannya di Liga Perdana Inggeris.

Beza Zlatan dan Cantona,Cantona hadir pada usia yang lebih muda,sebelum kemuncaknya untuk tampil sebagai tonggak membantu United memulakan sebuah legasi di England bersama Sir Alex Ferguson.

Zlatan pula di penghujung kerjaya,memenangi kejuaraan di setiap liga diwakilinya dengan dia tahu tidak ada apa lagi yang perlu dibuktikan.

Tetapi kisah cinta ini tidak terhenti setakat kemahuan atau kebarangkalian adakah England akan memahkotakan Zlatan sebagai Raja atau sebaliknya.

Jose Mourinho adalah individu yang bertanggungjawab merevolusikan kembali United selepas tiga musim dibawah David Moyes dan Louis Van Gaal yang hambar dan menyeksakan buat penyokong The Red Devils.

Mourinho juga adalah faktor mengapa Zlatan berminat untuk jadi sebahagaian daripada sejarah United waktu dia menerima tawaran lebih lumayan sebelum menutup tirai kerjaya.
Dalam warna kerjaya penyerang ini dia tidak berselindung melahirkan rasa benci terhadap bekas pengurusnya di Barcelona Pep Guardiola.

Membezakan waktunya bergandingan bersama Mourinho di Inter Milan,menzahirkan kesanggupan untuk lakukan apa sahaja untuk pengurusnya itu.

Segalanya sudah tertulis buat pencinta bola sepak dunia,Guardiola bersama Manchester City sementara United memiliki Mourinho dan Zlatan.

Walauapapun yang terjadi,nantikan percikan keghairahan dari dalam padang sehinggalah cerita diluarnya bersama Zlatan.

Sepertimana dia tinggal entri dalam laman Instagramnya begitu juga keterujaan saya,#heiscoming.

Advertisement

Must Watch Video