Skip to main content

Rencana

SEMAI SEKARANG, TUAI TAHUN HADAPAN

skuad-hoki-negara-cemas-sebelum-raih-emas.jpg
Rasa sungguh bertuah berpeluang menyaksikan secara langsung perlawanan penentuan tempat ke 5/6, ke 3/4 dan perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara di London baru-baru ini.

Kejohanan berprestij yang diadakan dua tahun sekali itu disertai oleh Australia (Juara Dunia 2014), Jerman (pemenang pingat emas Olimpik 2012), Belgium, Korea, India dan Great Britain.

Walaupun Kejohanan ini disiarkan secara langsung di Astro Sports dan boleh ditonton di sini, menyaksikan sendiri di hari terakhir di London sesuatu yang luar biasa.

Seperti yang dijangkakan Australia telah muncul juara buat kali yang ke-7. Ini diikuti oleh pasukan India, Jerman, Great Britain, Belgium dan Korea.

Kecuali Korea yang tidak layak ke Olimpik, pasukan lain menggunakan Kejohanan ini sebagai medan memilih senarai terakhir mereka untuk Sukan Olimpik yang akan diadakan di Rio Ogos ini.

Berada di sana dan melihat pasukan-pasukan ini beraksi membuatkan saya membayangkan skuad negara kita yang kini dalam proses pembentukkan semula di bawah Majlis Tertinggi KHM yang baru yang diterajui oleh seorang yang begitu komited dan dinamik, Dato' Seri Subahan Kamal.

Dengan "Blue Print" yang baru iaitu untuk layak ke Piala Dunia 2018 dan Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Dengan pasukan India yang saya meletakkan mereka satu tahap di atas berbanding dengan pasukan-pasukan Asia yang lain seperti Malaysia, Korea, Pakistan dan Jepun. 

Peningkatan India begitu drastik. Mereka tewas di tangan Australia hanya menerusi Penalty Shoot Out.

Dalam ranking dunia terkini India telah melonjak naik ke ranking ke-5 daripada ranking ke-9 dunia.

Bagi pasukan Korea pula yang juga seperti Malaysia yang tercicir dari Olimpik 2016 juga sedang membina pasukan baru. Pasukan yang Malaysia tewaskan dan seri sekali di Jelajah Oceania telah menewaskan Belgium 2-0 di perlawanan pertama meraka. Seterusnya menunjukkan peningkatan dan tidak mudah ditewaskan oleh pasukan yang lebih tinggi kedudukkan ranking mereka di kejohanan ini.

Pasukan-pasukan lain di Kejohanan ini seperti Australia, Great Britain, Jerman Dan Belgium memang sukar untuk kita tewaskan dalam masa dua tahun ini.

Untuk merealisasikan impian layak ke Piala Dunia 2018, kita harus mampu tewaskan pasukan-pasukan seperti Korea, Pakistan, Jepun, Ireland, Afrika Selatan, Kanada, Perancis dan New Zealand.

Kerana selalunya pasukan-pasukan inilah yang kami akan bertemu diperlawanan penentuan untuk slot ke Piala Dunia ketika pusingan kelayakkan di Liga Hoki Dunia nanti.

Kelayakkan Piala Dunia 2018 menerusi Liga Hoki Dunia akan bermula pada pertengahan 2017. Ada setahun lagi percayalah bukan satu jangka waktu yang lama.

Pemain-pemain harus sedar bahawa waktu ketika inilah kita harus "menyemai" melalui komitmen, kerja keras, berkorban menerusi latihan dan program program yang di rancang supaya hasilnya nanti akan dapat dituai ketika di Kelayakkan Liga Hoki Dunia dan layak ke Piala Dunia 2018.
 

Advertisement

Must Watch Video