Skip to main content

Rencana

Pendrive - Suis peledak bom jangka!!!

190716-pendrive.jpg
Ibarat dalam filem aksi Hollywood - alat sekecil pemacu memori (pendrive) dan kad memori mampu sama ada menyelamat berbilion nyawa malah ada yang mampu mengelak kemusnahan dahsyat planet bumi.

Daripada ribuan pelakon yang membawakan watak penghidup cerita - alat sekecil sebatang pen itulah sebenarnya aset utama karya agung ciptaan karyawan yang membongkar keseluruhan plot cerita. Menelanjangkan komplot jahat, mengheret pembelot ke muka pengadilan dan menghukum diktator yang kotor dan dibenci!

Tiba-tiba cerita 'PENDRIVE' yang sering digunakan untuk menyimpan maklumat, gambar serta data menjadi hangat dibicarakan.

Semua sudah maklum tentang artikel di laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers mengenai kenyataan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang disiarkan pada Isnin, 18 Julai 2016.

Percaya ataupun tidak gambar 'PENDRIVE" yang dipegang Tunku Ismail menarik minat jutaan peminat bola sepak seluruh negara. Bahkan yang tidak berminat sukan bola sepak pun ingin tahu - apakah maklumat yang ada dalam 'PENDRIVE' itu ?

Buat masa ini ianya adalah RAHSIA.  Hanya pemberi maklumat dan TMJ sahaja yang tahu. Tetapi sudah ada yang panas punggung! Bicara tidak lagi tersusun! 

Sedar ataupun tidak - sudah banyak kali butang panik atau kecemasan ditekan, dipicit atau dibiar begitu saja. Apa hasilnya ? - Tepuk dada, tanya errrr... siapa ? Entahlah.

Perdebatan di media cetak, elektronik dan laman sosial semakin panas sejak persaraan 4 pemain kebangsaan. Ia terus membara selepas tersebar cerita ' PENDRIVE'.

Tinggi benar nilai alat penyimpan maklumat itu. Yang pasti ia digenggam rapi Tunku Ismail dan hanya tunggu masa untuk didedahkan.

Penantian semakin perit buat rakyat jelata tetapi lebih derita buat 'mereka'. 

Mampukah 'PENDRIVE' itu membongkar rahsia ? Dan menyelamatkan bola sepak dari terus derita ?

PENDRIVE mampu jadi suis peledak bom jangka!

Advertisement

Must Watch Video