Saingan Piala Malaysia membuka tirai minggu ini dengan kesemua 16 pasukan beraksi menentang lawan dalam kumpulan masing-masing.
Di dalam kumpulan A, anak-anak buah Tan Cheng Hoe terpaksa berhempas pulas dilaman sendiri sebelum menundukkan Sarawak 4 – 3 . Kedah menepati ramalan mengungguli kumpulan A dengan 3 mata, apabila 2 lagi pasukan, T-team dan JDT II sekadar mencatat keputusan seri.
Kumpulan B pula menyaksikan Selangor dan Kelantan berkongsi 3 mata apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing. Selangor bernasib baik apabila berjaya mendapatkan gol tunggal perlawanan hasil jaringan Adam Nor Azlin, manakala Kelantan turut berjaya mencuri 3 mata berharga di laman sendiri juga dengan keputusan 1 – 0.
Kumpulan C menyaksikan finalis Piala FA PKNS dan JDT terikat seri 2 – 2 di Larkin, sekaligus membuka ruang kepada PDRM untuk menggungguli carta kumpulan C selepas menewaskan 1 – 2 di Ipoh.
Akhir sekali untuk Kumpulan D, Felda United mengenepikan cabaran Negeri Sembilan dengan keputusan 3 -1, dan Terengganu tersentak apabila dikejutkan oleh Melaka United yang berjaya menumbangkan Sang Penyu dengan keputusan 2 -1.
Saingan Piala Malaysia akan seterusnya akan bermula minggu hadapan dan diharapkan para pemain yang beraksi mampu mempamerkan prestasi terbaik bagi merebut tempat mewakili skuad kebangsaan.