Menjelang beberapa hari sahaja jendela perpindahan kedua pemain akan berakhir, kejutan demi kejutan terus berlaku.
Jika sebelum ini PDRM buat keputusan tidak diduga memancing bekas pemain Selangor, Guiherme De Paula, kini giliran Felda United yang secara tiba-tiba mahu kekalkan semua trio import dalam pasukan.
Atas alasan tidak mahu ambil risiko menggunakan semua pertahanan tempatan dan veteran seperti Shukor Adan serta Norfazly Alias, maka jodoh Gilberto Alemao masih ada di Felda.
Tiada alasan untuk menggugurkan Zah Rahan Krangar, Francis Forkey Doe dan Lutfulla Turaev, maka Thiago Augusto menjadi mangsa keadaan yang sebelum ini alami kecederaan selama lapan minggu.
Namun, keputusan Felda itu umpama mendatangkan rahmat buat beberapa pasukan yang masih bergelut mencari penyerang import bersesuaian seperti Kedah dan Perak.
Paling ketara ialah Kedah yang masih tercari-cari pengganti bersesuaian Carlos Kahe manakala Perak walaupun sudah menandatangani semua pemain import, masih melihat kepada pilihan lain.
Namun difahamkan Thiago hampir pasti akan menyarung jersi Kedah secara pinjaman selama lima bulan.
Seluruh peminat setia skuad Helang Merah tahu posisi penyerang menjadi keutamaan selepas hampa melihat peranan Kahe sepanjang bersama Kedah.
Malahan, tidak dinafikan bekas penyerang musim lalu, Chidi Edeh memainkan peranan lebih berkesan sebagai `target man' pasukan walaupun di hati penyokong-penyokong Kedah masih berbekas atas prestasi hambarnya di pentas final Piala Malaysia 2015.
Biarpun dihimpit kecederaan pada musim lalu, pemain dari Brazil ini mendatangkan impak cukup hebat pada saingan Piala Malaysia dan penghujung lewat saingan Liga Super.
Berdasarkan apa yang diperlukan oleh Kedah, Thiago mampu menjadi `fox in the boxes' ketika skuad Helang Merah mempunyai ramai perancang kreatif seperti Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Baddrol Bakhtiar dan Syazwan Zainon.
Mengenali corak permainan Thiago, dia bukan seorang penyerang yang mampu menunggu bola sahaja malahan seorang bijak membuka ruang kepada rakan sepasukan.
Situasi itu bersesuaian dengan taktikal Kedah yang dianggap antara pasukan punyai cara permainan menghiburkan dengan menggunakan pendekatan hantaran pendek dan pantas.
Kepada Kedah..cepat-cepatlah dapatkan khidmat Thiago kerana dia mampu tinggalkan legasi seperti mana Marlon Alex James... Pulun Kedah Pulun..