Terdahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT kerana berjaya merangkul kejayaan Piala AFC seterusnya menjadi pasukan asia timur yang pertama menjuarai kejuaraan yang seringkali dimonopoli oleh kelab kelab dari negara asia barat.
Kejayaan ini sewajarnya menjadi teladan yang baik buat pasukan-pasukan yang lain di mana sikap tidak berputus asa dan semangat juang yang tinggi membuktikan bahawa kejayaan mampu diperolehi. Malah, dengan kejayaan ini, ianya mampu membuka mata persatuan-persatuan bola sepak negeri serta badan induk bola sepak negara bahawa kejayaan mampu dicipta dengan adanya sistem pengurusan yang sistematik dan juga saksama.
Malah, saya berpendapat bahawa pasukan JDT mampu menjadi titik tolak kemajuan bola sepak negara di mana semua aspek seperti, Pembangunan Akar Umbi, Pelaburan Infrastruktur serta Pengurusan Kewangan yang efektif mampu meningkatkan mutu bola sepak negara. Malah, ideology serta polisi yang diamalkan oleh pasukan JDT juga wajar dijadikan contoh.
Tetapi, tunjang kejayaan JDT bukanlah berdasarkan sistem pengurusan yang sistematik semata-mata. Di sini saya melihat bahawa jurulatih, pemain dan juga penyokong juga merupakan faktor utama disebalik kejayaan mereka. Kehadiran Maria Gomez sebagai jurulatih dilihat telah banyak membantu menukar sistem permainan JDT dan ini membuktikan bahawa beliau bukanlah calang-calang orangnya.
Dari segi pemain pula, keserasian pemain yang mempunyai semangat sepasukan yang tinggi juga membuktikan bahawa mereka mampu untuk melakar sejarah. Mungkin sesetengah pihak mengkategorikan Safiq Rahim adalah penggerak utama pasukan dan ianya tidak dapat dinafikan lagi. Namun, dengan bantuan rakan sepasukan dan juga kehadiran pemain import yang berkualiti juga merupakan salah satu faktor.
Tidak ketinggalan juga kepada peminat setia pasukan JDT yang sentiasa menjadi tulang belakang juga menyumbang kepada kejayaan ini. Sebagai penutup, jika kita ada perancangan baik dan wawasan kejayaan mampu diperoleh oleh setiap pasukan negeri di peringkat yang tertinggi dan ini juga harus diadaptasikan oleh pasukan kebangsaan. Sekian