Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Khairul 'Hang Tuah' Melaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

040616-khairul-hafiz-jantan.jpg
Melaka menjadi sebutan ramai.

Negeri bandaraya bersejarah ini sudah pun terkenal sebagai pusat destinasi pelancong tempatan dan serata dunia.

Kini ia menjadi semakin terkenal kerana Khairul Hafiz Jantan. 

Pelari pecut berasal dari Bukit Katil, Melaka ini menjadi bintang sensasi apabila memecah rekod 100 meter 'The Flying Dayak' Watson Nyambek dengan catatan 10.18 saat di Sukan Malaysia (Sukma), Sarawak.

Rekod 10.30 saat milik Watson yang dicatatkan pada Kejohanan Sukan Pra-Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur lebur setelah penantian 18 tahun.

Bendera Melaka berkibar and sekelip mata Hafiz menjadi buruan pihak media. 

Artikel rakan setugas meletup antaranya 'Padan Muka, Aku Dah Pecah rekod' oleh Akbar Sahari,'Tak Lena Tidur Aku, Khairul Oiii!' oleh Fina Nasrom, dan 'Khairul Patut Pergi Olimpik' oleh Bazly Azmi.

Semuanya Khairul dan Khairul.

Bukan mimpi tapi realiti.

Layak ke separuh akhir acara 100 meter Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun di Poland baru-baru ini memberi semangat dan keyakinan untuk atlit berusia 18 tahun untuk mengibar bendera Melaka sekali lagi, dan kali ini bersama rakan sepasukan Mohammad Azam Masri, Badrul Hisham Abdul Manap, dan Asnawi Hashim apabila menjuarai acara 4x100 meter.

Lagu 'Melaka Maju Jaya' berkumandang berkali-kali di Sarawak, namun lebih istimewa apabila buat kali ketiga ia dimainkan kerana pelari pecut berpotensi antarabangsa
Khairul yang memonopoli acara pecut Sukma, menggondol pingat emas ketiganya dalam acara 200 meter.


Walaupun mencatat rekod baru kejohanan dan memecag rekod peribadi dengan 21.03 saat belum dapat merealisasikan impiannya untuk meleburkan rekod kebangsaan berusia 48 tahun yang dicipta Tan Sri Dr M Jegathesan (20.92 saat) yang dirakamkan dalam Sukan Olimpik Mexico 1968, Khairul sudah dianggap hero terbaharu sukan olahraga.

Nama Khairul naik, nama Melaka juga naik.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosialnya mengucap "Tahniah Raja Pecut Baharu Negara!" kepada Khairul.

Seluruh Melaka tidak habis-habis bercakap tentang kejayaan Khairul. Bangga dengan para atlet antarabangsa kelahiran Melaka antaranya Minarwan Nawawi (hoki), Sharon Wee (skuasy), Chai Fong Ying (wushu), Jonathan Wong (menembak), Goh Liu Ying (badminton) dan kini Melaka terus gemilang dengan munculnya, Khairul Hafiz Jantan.
 

Advertisement

Must Watch Video