Itulah ungkapan paling sesuai buat FA England dalam mencari pengganti sesuai untuk mengisi kekosongan kerusi panas yag ditinggalkan Roy Hodgson.
Keputusan perletakan jawatan adalah kerana dipalit prestasi hambar iaitu kekalahan terburuk dalam sejarah bola sepak Inggeris sejak kalah kepada pemain-pemain amatur Amerika Syarikat semasa Piala Dunia 1950.
Biarpun mempunyai calon-calon jurulatih warga England mahupun warga luar, FA England dilihat masih tetap berkeras mahukan jurulatih yang betul betul mengenali bola sepak inggeris', atau kata lain mereka masih mengutamakan jurulatih yang berwarganegara England.
Antara calon yang hangat diperkatakan adalah Sam Allardyce , Steve Bruce, Gary Southgate dan antara nama luar yang di sebut adalah Arsene Wenger dan Jurgen Klinsmann. Berdasarkan nama -nama jurulatih jurulatih inggeris yang disebut, saya merasakan jika salah seorang dari mereka dipilih, tiada perubahan yang mampu dilakukan dan mereka akan masih berada di takuk lama.
FA England perlu berani memilih nama-nama baru seperti jurulatih asing, dan jika mahukan jurulatih inggeris juga, mungkin jurulatih Bournemouth Eddie Howe boleh dipertimbangkan berdasarkan pencapaiannya yang luar biasa.
Apa sekalipun keputusan yang dipilih, FA England perlu melakukan penilaian secara teliti dan tidak perlu terburu-buru mencari pengganti jawatan jurulatih England, kerana siapa yang dilipih nanti, berdepan tugas berat mengembalikan maruah pasukan The Theree Lions yang tercalar teruk.