RENCANA
Faizal Saari 4 KHM 0
Kali ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membenarkan Faizal mewakili Terengganu untuk Piala Razak, divisyen satu bermula Isnin ini.Apa yang menarik, minggu lalu, Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan Faizal digantung kerana gagal melaporkan diri dalam kem latihan kebangsaan.
Digantung itu maksudnya tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan terutama peringkat domestik dibawah kelolaan KHM.
"Dia akan dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin dan boleh digantung menyertai kejohanan domestik atau antarabangsa untuk satu tempoh yang lama. Ini sebagai
Iklan
pengajaran kepada pemain lain," kata Subahan.
Faizal ponteng latihan buat kali pertama pada tahun lalu iaitu sebelum Piala Dunia di The Hague, Belanda. Dia kemudian terpilih ke Piala Dunia.
Insiden kedua sebelum Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, juga tahun lalu. Tetapi dia ambil keputusan menarik diri.
Diikuti Separuh Akhir Liga Dunia (Faizal turut terpilih) dan akhir sekali apa yang berlaku ketika ini.
Kes terbaru ini unik kerana KHM dibarisi pucuk pimpinan baru yang lebih tegas. Tetapi, apa sudah jadi?
KHM sendiri beri lampu hijau untuk Faizal menyertai Piala Razak.
Bagaimana dengan status penggantungan?
"Kami belum membuat apa-apa keputusan. Jadi setahu saya, Faizal boleh mengambil bahagian," kata Naib Presiden KHM, Datuk Ow Soon Kooi dalam sidang media kejohanan.
KHM terperangkap dengan tindakan sendiri, tiada komunikasi sesama pegawai atau mereka mengikut prosedur?
"Kami sudah hantar surat kepada Faizal memaklumkan dia sudah digantung daripada skuad kebangsaan. Kami masih menunggu tarikh sesuai untuk memanggilnya ke Jawatankuasa Disiplin untuk buat keputusan," kata Ketua Pegawai Eksekutif KHM, Logan Raj.
Dalam hal ini, Persatuan Hoki Negeri Terengganu paling untung kerana mereka dapat menggunakan khidmat Faizal sepenuhnya dalam misi merangkul treble selepas menjuarai
Liga Hoki Malaysia dan Piala TNB 2015.
Must-Watch Video