Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Belah je le...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam-perlukan-transformasi-menyeluruh-kfa.jpg
Kecoh sana sini tentang persaraan tonggak utama skuad Kebangsaan, ada yang nyatakan tidak patriotik dan ada juga mengatakan ia didalangi oleh seseorang, namun hakikatnya itu yang telah diumumkan oleh tuan punya badan.

Sebagai pemerhati bola sepak saya berfikir apa yang dilakukan oleh Safiq Rahim,Aidil Zafuan Abd Radzak,S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal itu adalah hak mereka. Kita harus terima hakikat dan perlu menghormati apa yang telah diputuskan mereka.

Walaupun ada sebilangan mengatakan ini adalah satu perancangan untuk melakukan sabotaj terhadap FAM namun itu semua pendapat dan pandangan masing-masing. 

Tetapi sekiranya mereka tidak berpuashati dengan FAM sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan, mereka sebagai pemain perlu lebih berani menyuarakan dan berikan fakta-fakta apakah yang membuatkan mereka rasa kecewa dan mengambil keputusan untuk bersara. 

Contohilah sebagaimana TMJ bersuara untuk menyatakan kepada orang-orang yang baginda rasa sebahagian daripada golongan yang merosakkan FAM. Sikap berterus terang itu elok kerana ia mengambarkan kita benar-benar seorang pejuang tidak kira didalam atau diluar padang.

Apa yang dinyatakan oleh TMJ itu memang tepat pada masanya sebab ramai pun tidak bersetuju dengan orang yang dinyatakan sejak dari awal-awal lagi bila terlibat dalam pengurusan pentadbiran FAM termasuklah saya.

Jadi kepada orang yang berkenaan itu sudah boleh buka pintu dan belah je le tinggalkan kerusi empuk dan beri kepada orang yang layak serta berintegriti tinggi.
 

Advertisement

Must Watch Video