Skip to main content

Rencana

Bagus Khairul Bagus...

040616-khairul-hafiz-jantan.jpg
Khairul Hafiz Jantan belum lahir lagi ketika legenda pecut negara, Azmi Ibrahim muncul pelari pertama Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia 1994.

Ketika itu, Azmi melakukan 10.58 saat pada peringkat saringan.

Pada separuh akhir, dia melakukan 10.48s, menamatkan cabaran di tangga kelima ekoran hamstring pada 10m terakhir.

"Saya berada di kedudukan baik ketika itu. Namun nasib malang apabila hamstring pada hujung perlumbaan. Saya paksa diri untuk habiskan perlumbaan dan sekadar raih tangga kelima.

"Saya harap Khairul mampu ke final sekaligus pecahkan rekod saya. Rekod bukan untuk dipegang," kata Azmi.

Sebagai peminat olahraga, pastinya saya bangga melihat Khairul, pelari bertubuh paling kecil dari Melaka, memecut pantas pada 30m pertama pada saringan kedua di Stadium Zawisza, Bydgoszcz, Poland.

Dia mengekalkan rentak larian untuk melintasi garisan penamat selaku naib juara dengan 10.44s - sedikit perlahan berbanding catatan peribadi terbaik, 10.36s.

Secara keseluruhan, dia menghuni ranking kesembilan dikalangan mereka yang layak ke final sekaligus ada peluang untuk mengatasi pencapaian Azmi.

Walaupun dihimpit kontroversi mengenai keputusan ke Poland, nampaknya Khairul berjaya membuka mata dunia bahawa dia sememangnya berhak bergelar juara remaja Asia.

Ayuh Khairul, layak ke final!

Advertisement

Must Watch Video