RENCANA
Apakah sasaran?
Tidak terkecuali Pasukan Hoki Remaja Malaysia (Projek 2016) yang akan menghadapi Piala Remaja Asia dari 14 - 22 November 2015 ini di Kuantan Pahang.
Lebih lebih lagi pada Piala Remaja Asia 2012 di Melaka, Malaysia menjadi Juara buat pertama kalinya.
Sebagai bekas pemain Negara, sememangnya ini adalah soalan biasa sepanjang 14 tahun saya mewakili Negara.
Iklan
Apa yang penting kita harus tahu apa matlamat utama Kejohanan yang di sertai serta mengkaji kekuatan dan kelemahan Pasukan Negara serta menilai kekuatan pasukan lawan yang sama sama menyertai di dalam Kejohanan ini.
Pasukan yang di anggap gah dalam Kejohanan ini adalah India, Pakistan, Dan Korea. Manakala 2 pasukan yang boleh mencabar adalah Jepun dan China.
Sekurang kurangnya Pasukan Negara tahu kekuatan Pasukan India dan Pakistan semasa Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor yang lalu. Tetapi tidak buat Korea, Jepun dan China di mana tahap mereka sekarang ini.
Jika di lihat matlamat utama Pasukan Projek 2016 di dalam Piala Remaja Asia ini adalah untuk layak ke Separuh Akhir supaya layak secara automatik ke Piala Remaja Dunia 2016 di India.
Bagi saya itulah sepatutnya menjadi sasaran Utama Pasukan Projek 2016 iaitu layak dulu ke Piala Remaja Dunia 2016. Tidak ada gunanya meletakkan sasaran tinggi menggunung tetapi oleh kerana terlalu mengejar menjadi Juara kita lupa pentingnya kemenangan tiap tiap satu persatu perlawanan yang harus di lalui.
Sudah menjadi lumrah setiap pasukan apabila turun di setiap perlawanan hanya kemenangan yang paling utama dicari.
Lebih Lebih lagi Pasukan Projek 2016 yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan berjuang habis habisan di setiap perlawanan.
Saya amat bersetuju jika sasaran utama Pasukan mestilah layak ke Piala Remaja Dunia 2016 dan selebihnya adalah bonus untuk Pasukan dan juga Sukan Hoki di Malaysia buat masa ini.
Saya percaya banyak tindakan tindakan yang telah di ambil oleh Pengurusan Baru Konfederasi Hoki Malaysia sejak pertengahan tahun ini seperti melantik Terry Walsh sebagai Pengarah Teknikal, menamakan Jurulatih Jurulatih buat semua Pasukan Kebangsaan, perjanjian Persefahaman dengan Hoki Australia, memantapkan program Pembangunan 1MAS, membantu Persatuan Persatuan Negeri terutamanya mengelolakan Liga Negeri masing masing Dan banyak lagi akan memberikan impak yang positif di masa masa akan datang.
Hanya masa yang akan menentukan.
Must-Watch Video