Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi -- Nagelsmann

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

messi.jpg
Penghijrahan Lionel Messi mampu membuka ruang kepada beberapa pemain dari Barcelona yang lain untuk menyinar, menurut pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann.

Pemenang enam Ballon d'Or enam kali itu meninggalkan kelab yang berpangkalan di Catalunya berkenaan sebaik kontraknya berakhir berikutan kewangan meruncing kelab terbabit hingga tidak mungkin mereka dapat mengekalkan pencetak gol terbanyak mereka tersebut. 

Barca belum tewas dalam era pasca-Messi musim ini, tetapi bakal menghadapi ujian terbesar selepas ini apabila menjadi tuan rumah kepada Bayern dalam Kumpulan E, Liga Juara-Juara (UCL), Rabu depan.

Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai pemain berkaliber yang sedia keluar daripada bayangannya.

"Seorang pemain hebat yang menjadi tunjang kelab selama bertahun-tahun telah pergi. Dia mempunyai pengaruh besar di atas mahupun dan di luar padang, malah di bilik persalinan," kata Nagelsmann dalam sesi soal jawab yang dihoskan oleh Bayern.

"Dia juga membuat mempengaruhi organisasi pasukan, ini membuat saya berfikir bahawa akan ada beberapa pemain sekarang yang akan lebih menikmati permainan mereka berdasarkan posisi masing-masing. 

"Dia adalah seorang pemain berkelas dunia yang tahu bagaimana memutuskan perlawanan itu secara sendirian. Mana-mana pasukan akan menjadi lebih baik dengan adanya Messi berbanding tanpanya."


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leo Messi (@leomessi)




Dengan Barca akan menentang Sevilla hujung minggu ini, Bayern pula akan melakukan perjalanan ke bekas pasukan kendalian Nagelsmann, RB Leipzig, Ahad ini. 

Pengurus Bayern tersebut mencadangkan bahawa pertahanan, Lucas Hernandez, tidak mungkin akan tampil dalam kedua-dua perlawanan itu sekali gus memandangkan baru kembali daripada kecederaan lutut yang dialaminya dalam Euro 2020.

"Lucas telah memberi tindak balas yang sangat baik. Fizikalnya dalam keadaan baik dan tidak berdepan masalah lagi di lututnya. Kecederaannya sembuh," tambahnya. 

"Sudah tentu dia memerlukan sedikit masa untuk pulih. Mengenai keadaan fizikalnya, kami optimis.

"Dia mungkin akan beraksi dalam salah satu daripada dua perlawanan, bukan kedua-keduanya kerana adalah terlalu awal untuk terlibat dalam dua permainan dalam waktu yang singkat. Jika semuanya berjalan lancar, kami akan melihatnya di lapangan ketika menentang Leipzig atau Barcelona."

Advertisement

Must Watch Video