Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Guardiola tidak tahu cara hentikan gandingan Messi, Neymar, Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionel-messi-neymar-and-kylian-mbappe_.jpg
Pep Guardiola tanpa segan silu mengakui bahawa dia tiada sebarang perancangan khusus untuk mengekang gandingan Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe apabila Manchester City menghadapi Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok.

Seandainya Messi cukup cergas untuk beraksi, ia akan menjadi perlawanan pertama pemain itu berdepan bekas jurulatihnya, Guardiola, sejak pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or berkenaan meninggalkan Barcelona bulan lalu.

Walaupun Messi menembusi pasukan utama Barca ketika dibawah era Frank Rijkaard, Guardiola merupakan individu yang membentuknya sehingga menjadi antara pemain terbaik di dunia.

Dia pernah beraksi sebanyak 47 kali di bawah bimbingan Guardiola dalam UCL -- lebih lapan kali berbanding mana-mana jurulatih lain -- dan menjaringkan 43 gol dengan purata satu gol setiap 92 minit.

Sudah pasti ia bukan perlawanan pertama Messi menentang Guardiola -- dia mengumpulkan enam gol sepanjang berdepan bekas mentornya itu, termasuk hatrik ketika Barca menewaskan City 4-0 pada Oktober 2016.

"Pemain sepertinya akan menjawab segala persoalan mengenainya di atas padang," kata Guardiola dalam sidang media sebelum perlawanan.

"Saya tidak perlu menambah apa-apa lagi.

"Kami bertuah kerana dapat menyaksikan dia beraksi selama 15, 16 tahun ini... Saya tidak tahu sudah berapa lama sejak dia beraksi secara profesional.

"Dia akan menjawab segala persoalan. Saya tidak perlu bercakap mengenainya. Apa yang telah dilakukannya sepanjang kariernya lebih daripada luar biasa dan harap-harap dia dapat mempamerkan aksi terbaiknya dalam perlawanan esok.

"Messi meninggalkan Barca merupakan satu kejutan tetapi itu sudah berlaku dan semua orang perlu menerimanya.

"Lama dahulu atau beberapa tahun lalu, anda tidak pernah membayangkannya tetapi anda tidak akan tahu apa yang bakal berlaku. Saya amat pasti dia akan gembira di Paris," katanya.



Ditanya mengenai cara yang akan digunakannya untuk menyekat gandingan Messi, Neymar dan Mbappe, Guardiola bercakap sambil tergelak: "Saya tidak tahu, dengan jumlah kualiti sebanyak ini, saya tidak tahu apa yang boleh kami lakukan untuk menyekat mereka.

"Sejujurnya, mereka terlalu bagus. Untuk mengawal sejumlah bakat besar seperti ini, ia amat sukar. Kami akan mencuba untuk bertahan apabila kami tidak memiliki bola dan mencuba untuk meninggalkan mereka apabila kami memiliki bola.

"Mereka pemain yang luar biasa, semua orang tahu perkara itu. Secara individu, mereka amat bagus dan mereka boleh bergandingan bersama," katanya.

"Manchester City","Pep Guardiola","Barcelona","Neymar","PSG","Lionel Messi","Kylian Mbappe","Liga Juara-Juara Eropah","Bola Sepak"

Advertisement

Must Watch Video