Berikutan terjahan keras ketika menentang Kuching City, Syukri Baharun, sah mengalami kecederaan koyak meniskus di lutut kanannya.
Sehubungan itu, pemain tengah tersebut bakal menjalani pembedahan segera selepas hanya beberapa minit dimasukkan dalam perlawanan di Stadium Negeri Sarawak 16 Julai lalu.
Selain dari itu, ujian imbasan (MRI) juga mengesan kecederaan tahap satu seperti 'ACL dan MCL', namun Perak FC berkenaan bersyukur kerana kecederaan berkenaan tidak memerlukan sebarang pembedahan.
"Saya bernasib baik kerana ACL tidak berapa teruk dan kemungkinan tidak perlukan sebarang pembedahan, begitupun untuk kecederaan lain mungkin hanya disebabkan ketegangan otot.
"Tapi untuk meniskus, kecederaannya agak teruk dan memerlukan pembedahan," katanya.