Skip to main content

Bola Sepak

Sertai Real pada 2018 tidak masuk akal -- Nagelsmann

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nagelsmann.jpg
Julian Nagelsmann tidak melayan sebarang perbincangan dengan Real Madrid pada 2018 dan berkata perpindahan menyertai juara Eropah itu 'tidak masuk akal'.

Real membangunkan semula pasukan setelah memenangi gelaran Liga Juara-Juara keempat dalam lima tahun, dengan jurulatih Zinedine Zidane dan penyerang, Cristiano Ronaldo, telah berhijrah, sementara penjaring gol kemenangan aksi final, Gareth Bale, juga turus mahu meninggalkan pasukan.

Nagelsmann mula mencuri tumpuan selepas menyerlah bersama Hoffenheim.

Menerusi temubual dengan Sport Bild semalam, pengurus berusia 33 tahun itu mendedahkan telah berhubung denganya tetapi telah menolak tawaran tersebut.

Real kemudian mendapatkan khidmat Julen Lopetegui yang bersifat sementara, manakala Nagelsmann menyertai RB Leipzig.

"Saya mengatakan bahawa ia tidak masuk akal pada masa itu.

"Tinggal tiga minggu sahaja sebelum permulaan latihan, saya hampir tidak dapat berbahasa Sepanyol. Itu tidak mencukupi bagi saya atau Real."

Real kembali mendapatkan khidmat Zidane, menggantikan pengurus sementara, Santiago Solari dan memenangi LaLiga musim lalu.

Nagelsmann terus menyerlah di Leipzig, dan berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada musim 2019-20.
 

Tetapi bekas pemain pertahanan itu belum menganggap dirinya antara pengurus terbaik dunia, menegaskan gelaran diperlukan sebelum dia dapat memasuki perbahasan itu.

"Saya melihat diri saya sebagai jurulatih berbakat yang ingin maju ke tahap terbaik dan masih mempunyai banyak potensi untuk meningkat naik," kata Nagelsmann.

"Saya tidak semestinya menjadi pelatih dunia tahun ini, tetapi saya ingin dinobatkan sebagai pelatih terbaik suatu hari nanti.

"Untuk bergelar terbaik, anda perlu memenangi sesuatu. Selain kejuaraan Bundesliga B-19 [di Hoffenheim pada 2013-14], saya tidak memenangi sebarang gelaran."

Advertisement

Must Watch Video