SASSUOLO 4 JUVENTUS 2
Massimiliano Allegri mengakui penyerang Juventus, Dusan Vlahovic, bergelut dengan kecergasan dan terpaksa dikeluarkan ketika dikejutkan Sassuolo 2-4.
Vlahovic kelihatan tidak begitu gembira ketika digantikan oleh Moise Kean, awal pagi tadi.
“Dia perlu meningkat, dia tidak memanfaatkan beberapa peluang malah dia juga bergelut dengan kecergasannya sejak beberapa hari lalu.
"Ia bukan satu persembahan yang hebat daripada seluruh pasukan, kami sangat tidak seimbang dan perlawanan boleh berubah sekelip mata."
Dalam masa sama, Allegri ingin barisannya memperkemaskan mentaliti mereka yang agak rapuh selepas dibolosi.
"Ini adalah kekalahan pertama kami jadi kami harus belajar daripadanya. Kami bukanlah dalam prestasi yang luar biasa sebelum perlawanan ini cuma tidaklah begitu teruk.
"Kami bermula dengan baik dan terdapat beberapa peluang terhidang yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Kami bolos dalam percubaan pertama mereka dan mula hilang arah jadi kami terpaksa membayarnya dengan harga mahal.
“Kami tidak boleh terlalu kecewa, masih ada perlawanan penting dan kami perlu cuba mendapatkan tiga mata.
“Ini adalah perlawanan di mana kami lemah daripada segi mentaliti. Kami masih tidak dapat mengambil kesempatan yang ada untuk kekal bersaing dalam setiap saat.
"Saya sudah boleh agak apabila panik setiap kali bola dimasukkan ke dalam kotak penalti. Padahal ia tidak berlaku ketika menentang Lazio atau perlawanan lain, jadi hal ini membuatkan saya berjaga-jaga"

??
— Lega Serie A (@SerieA_EN) September 23, 2023
WHAT. A. GAME ?#SassuoloJuve pic.twitter.com/szhQ6wo233