Skip to main content

Bola Sepak

Separuh masa Liga Super: Selangor, Sri Pahang sama handal di Temerloh

selangor-sri-pahang.jpg
Sri Pahang bangkit menyamakan kedudukan untuk memastikan aksi Liga Super terikat 1-1 menuju ke bilik persalinan di Stadium Temerloh sebentar tadi.

Selepas merekodkan kemenangan dalam aksi terdahulu ke atas Penang, Selangor menurunkan kesebelasan utama yang hampir sama apabila bertandang ke Temerloh.

Mereka tidak perlu menunggu lama apabila lorongan Sharul Nazeem Zulpakar berjaya mencari Fortes yang melepaskan rembatan leret sekaligus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan.

Skuad kendalian Nidzam Jamil berusaha untuk mencari tambahan untuk mendapatkan kelebihan yang selesa namun mereka terpaksa berpuas hati dengan satu gol sehingga menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, Sri Pahang berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Stefano Brundo ketika permainan berbaki dua minit dalam separuh masa pertama.

Corak permainan semakin rancak dipamerkan kedua-dua pasukan sebelum mereka menuju ke bilik persalinan.

Advertisement

Must Watch Video