Skip to main content

Bola Sepak

Scott O'Donell dilantik selaku pengarah teknikal baharu FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

odonnell.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah ada pengarah teknikal yang baru, ini merujuk kepada pengumuman rasmi, bekas pemain import Kuala Lumpur antara tahun 1994 hingga 1995, Scott O'Donell yang mendapat mandat meneruskan perancangan F:30 bagi tempoh tiga tahun.

Hari pertama memulakan tugas, O'donell mengesahkan belum ada perancangan khusus buat skuad negara walaupun kalendar FIFA akan dibuka 24 Januari hingga 1 Februari ini.

O'Donell mengesahkan FAM ketika ini belum ada perancangan rasmi, berhubung keperluan memanggil pemain untuk kem kebangsaan bagi persediaan bagi kelayakan Piala Asia 2023.

Situasi terkini melibatkan skuad negara antara perkara yang menyumbang kepada situasi sukar ketika ini.

Semua sedia maklum, laporan bedah siasat hanya akan diketahui bulan depan dan pengumuman untuk pengganti bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, hanya akan menyusul selepas itu.

Bagaimanapun, perancangan FAM cukup penting bagi mengembalikan semula kepercayaan pencinta bola sepak tanah air kepada badan induk itu.

Ia rentetan daripada perancangan yang lemah antara punca kegagalan skuad negara di pentas Piala AFF di Singapura tempoh hari.

Sementara itu, keperluan untuk meneruskan kesinambungan F:30 mendapat reaksi yang positif O'Donell yang menjelaskan perkara tersebut perlu ada penambahbaikan merujuk kepada keperluan semasa.

Walaupun ramai yang berpendapat F:30 adalah satu pelan jangka panjang yang sia-sia namun, tegas O'Donell jaminan untuk Malaysia muncul antara yang terbaik Asia bukan perkara yang mustahil.

Advertisement

Must Watch Video