Skip to main content

Maraton

Penganjuran Cameron Ultra masuk tahun ke-10, Kristjan Chapman ingin lihat rekod 100km miliknya mampu diatasi

sf

Tahun 2026 bakal menjadi tahun yang sangat istimewa buat penganjuran Cameron Ultra apabila ia merupakan ulang tahun yang ke-10 Cultra dengan penganjuran pertamanya pada 2016.

Bagi pengasas Cultra, Hazemi Hamidi, edisi kali ini meriah apabila penyertaan sangat tidak dijangkakan selepas semua slot habis dijual kurang daripada tempoh enam jam.

Ia menunjukkan Cultra kini berada di tahap yang sangat berbeza berbanding ketika mereka baru bermula.

Mengimbau kembali segala penat lelah sejak penganjuran pertama, sehingga kini -- bagi Hazemi, ia sangat berbaloi.

Hazemi juga berharap larian tahun ini menjadi sesuatu yang istimewa buat semua pelari denai, dengan harapan juga banyak rekod dapat dipecahkan.

"Saya rasa kekuatan Cultra daripada tahun pertama hingga sekarang adalah individu yang berada di persekitaran kami, pengurus kami yang setia dengan kami sejak hari pertama dan rakan kongsi lain yang memberikan sokongan. Saya bangga mereka berikan kami peluang untuk meneruskan penganjuran kali ini.

"Apa yang saya mahukan adalah untuk melihat jenama tempatan yang kami cipta ini semakin besar dan meraih perhatian daripada komuniti luar negara juga." katanya.

 

 

 

 

Dalam pada itu, juara kategori 100 kilometer terbuka edisi lalu, Kristjan Chapman, membuat kejutan apabila memilih untuk turun dalam kategori 65 kilometer terbuka bagi saingan tahun ini.

Keputusan dibuat kerana dia mahu menjadikan cultra 2026 sebagai platform persiapan menuju kejohanan lebih besar.

Chapman turut berseloroh memohon maaf kepada rakan-rakan pesaing yang kecewa dengan keputusannya itu, namun dalam masa sama berharap ada pelari yang mampu memecahkan rekod larian 100 kilometer yang dicatatkannya pada edisi lalu.

"Tahun ini saya dalam kategori 65km, berbanding 100km tahun lalu kerana saya akan menyertai kejohanan di Perancis pada Ogos nanti.

"Jadi ini adalah medan persediaan buat saya dan akan memberikan saya masa untuk pemulihan. Saya berharap ada peserta yang akan atasi rekod saya tahun lalu nanti," tambahnya..

Sementara itu, pelari denai negara, Amierul Amin, hadir ke Cultra dalam prestasi terbaik selepas meraih kejuaraan berturut-turut di Trail Des Gombak 2026 dan Muallim Cross Country 2026.

Menamatkan saingan Cultra 2025 di tempat ketujuh, Amierul meletakkan sasaran lebih tinggi untuk menembusi kelompok atasan.

Dengan persiapan lebih rapi dan keyakinan meningkat, dia optimis mampu memberikan cabaran sengit kali ini.

"Tahun lalu saya baru pulang dari menunaikan fardhu haji, saya banyak sertai kejohanan setiap dua minggu. Seronok jika ada atlet luar datang jadi boleh tambah baik pada diri sendiri." ujarnya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Must Watch Video