Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Salah tuntut gaji setengah juta seminggu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mohamed-salah_.jpg
Liverpool baru-baru ini memperbaharui kontrak sebilangan besar pemain utama, masih lagi dalam perbincangan bersama penyerang berstatus bintang, Mohamed Salah.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali, memiliki kurang dua tahun daripada perjanjian asal dengan The Reds.

Virgil van Dijk, Alisson dan kapten pasukan, Jordan Henderson telah melanjutkan komitmen bersama Liverpool, turut mengikut jejak langkah sama adalah Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson.
 
Tuntutan pemain kebangsaan Mesir untuk meneruskan komitmennya bersama Liverpool itu telah dilaporkan menerusi The Mirror.

Dia meminta sebanyak GBP500,000 seminggu untuk kekal di Anfield, selepas berhijrah ke Merseyside dari Roma pada Jun 2017.

Sekiranya kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan, Salah bakal menjadi pemain yang memiliki gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.




 

Advertisement

Must Watch Video