Skip to main content

Bola Sepak

Rooney masih dalam kalangan yang terbaik -- Koeman

24718rooney.jpg
Pengurus Everton, Ronald Koeman, berkata Wayne Rooney masih lagi dianggap sebagai "pemain dalam kalangan yang terbaik dalam posisinya".

Rooney menyertai semula Everton dari Manchester United bulan ini dan telah mempamerkan aksi dalam saingan pra-musim bersama pasukan, dengan menjaringkan gol ketika berdepan Gor Mahia dan Genk.

Pemain berusia 31 tahun itu kehilangan tempat dalam pasukan United musim lalu apabila sekadar berada dalam kesebelasan utama sebanyak 15 kali, malah tidak beraksi untuk England sejak November.

Tetapi Koeman tidak berasakan bahawa kualiti Rooney semakin menurun tetapi pengalamannya mampu membantunya untuk kembali mencari sentuhan.

"Dia memiliki banyak pengalaman. Rooney adalah pemain yang sangat berpengaruh di atas padang dan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain," kata Koeman.

"Setiap hari dalam sesi latihan setakat ini dan aksi persahabatan, dia masih lagi antara yang terbaik dalam posisinya."

Michael Keane, Davy Klaassen, Jordan Pickford, Sandro Ramirez dan Cuco Martina telah menyertai Everton sejak jendela perpindahan dibuka.

Koeman amat berpuas hati dengan penambahan pemain yang dibawa masuk mampu mempertingkat mutu pasukan bagi menghadapi musim 2017-18 yang bakal bermula.

"Saya sangat gembira dengan cara pemain-pemain menyesuaikan diri. Everton kini memiliki skuad yang berkualiti.

"Kami memiliki sasaran yang tinggi dan berharap dapat mencapainya."

Advertisement

Must Watch Video