Skip to main content

Ragbi

SSR: Kembali ke pentas final premier, SEMASHUR buru hadiah kemenangan buat pengetua sekolah

sss

'Akhirnya kami kembali ke final.'

Itu luahan jurulatih Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR), Hafizul Saiful Anuar, selepas anak buahnya menundukkan Sekolah Dato' Abdul Rahman (SDAR) 41-15 dalam saingan separuh akhir Divisyen Premier Super Schools Rugby (SSR).

Juara dua kali itu memasang impian besar untuk mengembalikan kejuaraan ke rumah mereka dan hanya selangkah untuk memberikan senyuman kepada pengetua yang bakal bersara.

Selepas berhempas pulas dengan pengorbanan yang telah dilakukan, kini hanya Victoria Institution (VI) menjadi halangan terakhir, lebih-lebih lagi apabila VI menjinakkan juara bertahan, iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau untuk ke final.

"Pemain-pemain memberikan komitmen 200 peratus. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

"Tanpa pengorbanan kami tidak akan mampu sampai di sini," kata jurulatih ragbi SEMASHUR, Hafizul Saiful Anuar.

Sementara itu, kapten SEMASHUR Muhammad Uwais, menganggap kejayaan ke final dan juga anugerah pemain terbaik perlawanan sebagai tonik terbaik untuk lunas misi penting yang diletakkan jurulatih, meskipun VI menjadi penghalang, Uwais menyifatkan mental dia dan rakan sepasukan berada di tahap tertinggi untuk menghadapi mereka.

"Kami mahu menghadiahkan kemenangan kepada pengetua kami yang akan bersara. Kami perlu tingkat persediaan.

 

 

 

"Tak kisah siapa lawan yang akan dihadapi, misi kami cuma mahu jadi juara," katanya.

Kejayaan SEMASHUR ke final SSR Premier menyaksikan juara dua kali kejohanan itu bakal meniti cabaran VI dalam final yang akan berlangsung pada 12 Julai depan.

Tumpuan terlebih dahulu terarah kepada saingan akademi menerusi dua aksi separuh akhir dengan kedua-dua perlawanan bakal berlangsung pada jam 8.45 malam esok di EV Arena!

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video