Skip to main content

Bola Sepak

Kongres FAM: MCFA nafi sebarang sokongan kepada individu tertentu

;.ll

Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) nafi memberi sokongan penuh terhadap Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Penafian ini dibuat selepas Presiden MCFA, Datuk Jeffrey Low, terkait dengan pembentukan blok strategik yang turut terdiri daripada FAS, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) serta Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM).

Timbalan Presiden MCFA, Datuk Ng Chong Hoon, menegaskan kehadiran presiden MCFA hanya sekadar memenuhi jemputan dan ia tidak melambangkan sebarang pendirian badan itu.

"Kami menafikan telah memberi sokongan kepada mana-mana individu untuk jawatan presiden FAM," katanya.

Tegasnya, setiap keputusan persatuan menjelang Kongres FAM hanya akan dibuat menerusi perbincangan dengan ahli exco yang lain dan sebarang keputusan individu bukan amalan badan itu.

Chong Boon yang ditemui ketika menghadiri Penganjuran Kali Ke-73 Piala MCFA turut mendedahkan perbincangan untuk memilih presiden FAM hanya akan dibuat sebaik penganjuran kejohanan tersebut.

"MCFA tidak pernah melakukan pakatan seumpamanya. Kami adalah peminat bola sepak. Kami cuba bina platform ini buat pemuda terutama cina membabitkan diri dalam bola sepak.

"Sudah pasti kami akan mencalonkan individu yang boleh membawa perubahan kepada masa depan FA," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video