Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ronaldo akan bantu United julang gelaran -- Fernandes

bruno-fernandes-and-ronaldo-of-portugal_.jpg
Kepulangan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford akan meningkatkan lagi keyakinan dan membantu Manchester United memenangi gelaran, menurut Bruno Fernandes.

Fernandes merupakan tonggak United musim lalu, menjaringkan gol 18 kali dan melakukan 12 assist dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menamatkan saingan di tempat kedua.

Ronaldo kini menyertai rakan senegaranya itu, kembali ke Manchester selepas 12 tahun meninggalkan kelab itu.

Dan Fernandes, yang cemerlang ketika ketiadaan Ronaldo bertemu Azerbaijan ketika aksi kelayakan Piala Dunia bersama Portugal, memuji kualiti dan keyakinan yang dimiliki penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa itu.

"Kami tahu bahawa dia bersemangat tinggi, semua orang mengenali Cristiano dan sangat gembira dapat membawanya kembali ke Old Trafford," kata Fernandes kepada RTP3 selepas perlawanan sebentar tadi.

"[Kami] pemain adalah sebahagian daripada keyakinan itu, kami tahu apa yang dapat dia berikan kepada kami. Fokus kami dan Cristiano, kerana apa yang telah saya bercakap dengannya, semuanya tentang mendapatkan kemenangan.

"Matlamat kami tetap ada dan jelas, dengan Cristiano, kami mempunyai satu lagi rujukan untuk membantu kami lebih dekat dengan gelaran."

Ronaldo mungkin turun beraksi seawal 11 September bertemu Newcastle United, satu-satunya kelab pemain berusia 36 tahun itu meledak hatrik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum berhijrah meninggalkan Manchester pada 2009.


 

Advertisement

Must Watch Video