Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

PSG tenang penyerang tumpul

psg.jpg
PSG 2 MONTPELLIER 0 

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, tidak khuatir dengan ketumpulan jentera serangannya selepas pendahulu Ligue 1 itu menundukkan Montpellier 2-0, awal pagi tadi. 


PSG mengekalkan permulaan sempurna musim ini yang menyaksikan anak buah Pochettino itu mengekalkan rentak lapan kemenangan berturut-turut menerusi ledakan Idrissa Gueye dan Julian Draxler.

Tanpa Lionel Messi akibat masalah lutut, Kylian Mbappe dan Neymar membazirkan deretan peluang sebelum pemain tengah, Gueye, dan pemain sayap, Draxler, melengkapkan mata penuh buat mereka di Parc des Princes.


 


Mbappe gagal mencetak sebarang gol dalam 13 percubaan terakhirnya dalam Ligue 1, kemarau gol terpanjangnya sejak Ogos-September 2019 (16 percubaan).

"Kami mencipta banyak peluang hari ini tetapi gagal memperterjemahkannya. Kami gagal memanfaatkannya," kata Pochettino kepada wartawan. 

"Hanya masa yang akan menentukan sentuhan mereka atas kualiti dimiliki pasukan ini terutama penyerang kami.

"Saya tidak ragu-ragu bahawa mereka akan menjaringkan banyak gol musim ini. Memang benar malam ini kami tidak meledak lebih daripada dua gol."

Tambahnya: "Adalah penting untuk pemain tengah kami menyumbangkan gol. Apabila penyerang kami tidak begitu berkesan, mereka mampu menawarkan bonus besar.

"Ia tidak mengejutkan saya. Tetapi ya, adalah penting untuk pemain tengah mempunyai kemampuan ini, menyusup ke dalam kotak penalti lawan dan menjaringkan gol."

 

Advertisement

Must Watch Video