Skip to main content

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Uganda cipta kejutan atasi Congo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uganda.jpg
CONGO 0 UGANDA 2

Uganda membuat kejutan dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila mengalahkan Republik Demokratik Congo 2-0 di Kaherah semalam, kemenangan pertama mereka sejak 1978.


The Cranes, yang membuat penampilan dalam kejohanan itu buat kali terakhir pada1970, mengatasi Congo untuk mendahului Kumpulan A.

Walaupun dibarisi pemain yang lebih berbakat, Congo gagal beraksi cemerlang dalam separuh masa pertama, sebaliknya ketinggalan kepada jaringan Patrick Kaddu yang kemudian menggegar palang.

Emmanuel Okwi menjadikan kedudukan 2-0 sejurus perlawanan bersambung dan The Leopards kelihatan buntu untuk meledak gol.

Uganda kelihatan seperti pasukan berpengalaman dalam kejohanan kali ini. Seawal minit ke-14, Kaddu meletakkan skuad kendalian Sebastien Desabre itu di hadapan.

Jaringan tersebut seharusnya membangkitkan tentangan Congo tetapi Uganda terus memberikan tekanan dengan menerapkan permainan agresif.

Ketika Congo mula mendapatkan rentak, Uganda terus mencipta serangan demi serangan, Cedric Bakambu memaksa penjaga gol, Denis Onyango, bekerja keras menafikan percubaannya pada minit ke-43.

Tugas Congo menjadi lebih sukar apabila selepas dua minit perlawanan bersambung, sepakan percuma yang diambil Farouk Miya berjaya ditanduk oleh Okwi untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Jonathan Bolingi hampir mengurangkan defisit jaringan, namun sekadar menggegar palang gol ketika perlawanan berbaki 20 minit.
 

Advertisement

Must Watch Video