Skip to main content

Bola Sepak

3 pemain warisan dipanggil bergabung dengan Malaysia

FAM

Skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara sedang merangka persiapan menjelang perlawanan Piala Srikandi Merdeka 2026 yang akan berlangsung di Kudus, Indonesia pada 14 hingga 23 Ogos ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, selain Hong Kong dan Arab Saudi. Hanya dua pasukan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 21 Ogos, sebelum pentas final pada 23 Ogos menentukan juara.

Seramai 25 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih, Fairuz Montana Zainal Abidin, bagi menyertai kem latihan pusat sebelum berlepas ke kejohanan tersebut.

Seramai 13 pemain baharu telah dipanggil untuk kem latihan pusat kali ini dan antara muka baharu yang dipanggil adalah penjaring terbanyak Liga Puteri Divisyen 1 2026, A. Danushri.

Paling mencuri tumpuan, tiga tonggak berdarah campuran memperkuat pelapis Malayan Tigress itu yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Lim You, 14, antara pemain termuda selain Isabella O’luanaigh (cucu kepada chef terkemuka, Chef Wan) dan Qaseh Riana Dafira Mohd Rafiuddin bakal melakukan debut bersama pasukan kebangsaan.

Dishanna Nagarajan Pillay dan Sofia Jeanne Lacasse dengan masing-masing berusia 16 tahun berpotensi menjadi tunjang utama pasukan.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video