Skip to main content

Olahraga

Sejarah tercipta! Danish Iftikhar dalam kelompok sembilan pelari pecut terbaik dunia

f

Pelari pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, meneruskan kemaraan ke peringkat akhir acara 100m (meter) lelaki di World Athletics U20 Championships 2026 di Oregon, Amerika Syarikat, sebentar tadi.

Dia mencatatkan catatan masa 10.36s (saat) untuk menamatkan larian di kedudukan kedua sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung esok.

Kejayaan itu menyaksikan ia antara sembilan pelari pecut terbaik dunia B-20 tahun.

Untuk rekod, dia mencatatkan catatan masa 10.30s - catatan terbaik musim (SB)- dalam peringkat saringan keenam untuk mara ke separuh akhir.

 

 

"Alhamdulillah! Danish Iftikhar Muhammad Roslee mencatat masa 10.36 saat dalam acara 100m Lelaki Separuh Akhir 2 di World Athletics U20 Championships 2026, sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada esok, jam 11.50 pagi (waktu Malaysia).

"Kejayaan ini menyaksikan Danish muncul sebagai salah seorang daripada sembilan pelari pecut terbaik dunia U20, sekali gus melakar satu lagi detik bersejarah buat olahraga Malaysia. Tahniah Danish, semoga berjaya memburu keputusan terbaik di pentas akhir!" kongsi Olahraga Malaysia (MA).

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video