Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong, berkongsikan pandangan mengenai pertarungan sengit antara jaguh muay thai negara, Johan Ghazali dan petarung dari Lubnan, Ramadan Ondash, baru-baru ini.
Aksi di Bangkok itu menyaksikan Ramadan menang menerusi 'split decision' dengan rata-rata penyokong sukan itu berpandangan sebaliknya.
Malah, Sityodtang memberikan bayangan aksi kedua-dua petarung itu bakal diadakan sekali lagi dengan menjelaskan 'lawan sekali lagi? 100 peratus'.
"Pada pandangan peribadi saya, Jojo menang tetapi ia pertarungan yang sangat tipis.
"Jika jojo memiliki kadar kecepatan tumbukan (lebih baik) dalam pusingan akhir, para juri mungkin akan berikan dia kemenangan.
"Perbezaan sangat tipis sekali. Lawan sekali lagi, 100 peratus." katanya.